Looking for scholarship?

Google

Wednesday, January 23, 2008

Pinjaman Pelajaran MARA

PENDAHULUAN

Bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman pelajaran merupakan salah satu daripada aktiviti utama MARA di bawah Sektor Pendidikan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Bahagian yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti ini ialah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

OBJEKTIF

Menambah gunatenaga terlatih bumiputera dalam bidang profesional, teknikal dan pengurusan melalui penyediaan kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di dalam dan di luar negara.

DASAR TAJAAN
1.Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.

2.Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.

3.Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.


SYARAT AM BANTUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

1.Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.

2.Tidak pernah dianjur oleh mana-mana penaja lain di peringkat yang sama kecuali untuk kursus-kursus kritikal dan profesional atas keperluan semasa .

3.Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.

4.Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.

5.Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.

6.Pengajian sepenuh masa dalam dan luar negara.

7.Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon :


Dalam Negara

• Diploma-tidak melebihi 35 tahun
• Ijazah-tidak melebihi 40 tahun
• Sarjana-tidak melebihi 45 tahun
• PhD-tidak melebihi 45 tahun

Luar Negara

• Diploma-tidak ditawarkan
• Ijazah-tidak melebihi 30 tahun
• Sarjana-tidak melebihi 35 tahun
• PhD-tidak melebihi 40 tahun

8.Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAJA

1. SKIM PELAJAR CEMERLANG (SPC)

A. PROGRAM LEPASAN SPM
Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

a.Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian ke Luar Negara)

Program ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di universiti terkemuka di luar negara.

* Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).

Program-program yang disediakan adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan) :


PROGRAM (TEMPOH PENGAJIAN)

American Degree Foundation Programme (14 bulan)
A – Level (1.5 – 2.0 tahun)
A-Level German (2.5 tahun)
Diploma International Baccalaurete (IB)(2.0 tahun)
Perubatan Russia (3 – 6 bulan)
Perubatan Indonesia (1.0 tahun)
Kejuruteraan Peranchis (1.5 tahun)
Australian Matriculation (AUSMAT)(1.5 tahun)


b.Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian Dalam Negara)

Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian sepenuhnya di institusi yang dikenalpasti di Malaysia.

*Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).




B. PROGRAM PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TERKEMUKA LUAR NEGARA.

i.Program Ijazah Pertama bagi calon lepasan Matrikulasi / Diploma
ii.Program Profesional bagi calon lepasan Diploma / Ijazah Pertama
iii.Program Sarjana bagi calon lepasan Ijazah Pertama
iv. Program Ijazah Doktor Falsafah bagi calon lepasan Sarjana

* Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan pada setiap hujung tahun bagi kemasukan sesi tahun hadapannya (tertakluk kepada pindaan). Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.

2. SKIM PEMBIAYAAN TERBUKA (SPT)

A. PROGRAM PERSEDIAAN UNIKL

B. PROGRAM DIPLOMA

i.Diploma Teknikal/ICT di IPMa seperti German Malaysian Institute (GMI),UniKL (BMI, MFI, MIAT, MIMET, MICET, MSI, IIM) dan Kolej Poly Tech MARA (KPTM).

ii.Diploma Usahasama IPTA di KPTM dan IPTS yang berdaftar dengan MARA.

iii.Diploma di IPTS lain yang berdaftar dengan MARA dan program yang mendapat Sijil Akreditasi Penuh LAN.


C. PROGRAM IJAZAH PERTAMA

i.Ijazah Pertama di IPMa

ii.Program Kerjasama / Francais IPTA di IPMa dan IPTS yang berdaftar dengan MARA.

iii.Program Berkembar Universiti Luar Negara 3 + 0 di IPTS yang berdaftar dengan MARA.


D. PROGRAM PROFESIONAL

i.Perakaunan – CA / ACCA / CIMA / ICAEW dan lain-lain
ii.Institute Of Chartered Secretaries & Administrators (ICSA)
iii.Chartered Institute Of Transport (CIT)
iv.Chartered Institute Of Insurance (CII)
v.Chartered Institute Of Logistics
vi.Certified Financial Planner
vii.Senibina Bahagian II
viii.Bidang-bidang lain yang diiktiraf oleh Badan-badan Profesional


E. PROGRAM IJAZAH SARJANA/TERTINGGI

Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang/kursus yang diutamakan serta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA, serta mendapat tawaran masuk ke Universiti berkaitan.

Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini
MARA.


F. PROGRAM KEPAKARAN PERUBATAN/PERGIGIAN DAN LAIN-LAIN.

Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang-bidang kepakaran yang diutamakan serta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA, serta mendapat tawaran masuk ke Universiti berkaitan.

Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.