Looking for scholarship?

Google

Wednesday, January 23, 2008

Pertandingan MySkills 2008

Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Pertandingan MySkills 2008.

Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan meningkatkan kekompetenan tenaga pengajar di pusat latihan kemahiran di Malaysia disamping membangunkan tenaga pengajar yang kompetitf dan efisyen yang setaraf di peringkat antarabangsa (world- class trainer).

Pengiktirafan dan ganjaran akan diberi kepada pengajar yang berjaya ke peringkat akhir Pertandingan MySkills. Hadiah bagi pemenang adalah seperti yang berikut :-

Pemenang
Hadiah Platinum
RM 10,000.00 dan sijil

Emas
RM 7,000.00 dan sijil

Perak
RM 5,000.00 dan sijil

Gangsa
RM 3,000.00 dan sijil

Saguhati
RM 500.00 dan sijil

Sebanyak 30 bidang kemahiran yang akan dipertandingkan dalam tahun 2008 termasuk 2 bidang demo seperti jadual di bawah :-


1 Polymechanics/Automation
2 Mechatronics
3 Mech.Eng.CADD
4 CNC Turning
5 CNC Miling
6 IT/Software Applications
7 Welding
8 Wall & Floor Tiling
9 Plumbing
10 Industrial Electronics
11 Web Design
12 Electrical Installations
13 Bricklaying
14 Cabinet Making
15 Carpentry
16 Floristry
17 Ladies/Mens Hairdressing
18 Ladies Dressmaking
19 Confectioner/Pastry Cook
20 Automobile Technology
21 Cooking
22 Restaurant Service
23 Landscape Gardening
24 Refrigerator
25 IT PC / Network Support
26 Graphic Design Technology
27 Batik
28 Beautician
29 Mould
30 Joinery

Syarat Penyertaan

(a) Warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas; dan
(b) Mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang yang dipertandingkan tidak kurang dari 2 tahun;
(c) Terbuka kepada semua pengajar kemahiran kecuali urusetia dan panel hakim yang terlibat di dalam pertandingan;
(d) Peserta yang telah memenangi pingat Platinum di dalam Pertandingan MySkills tidak dibenarkan untuk menyertai Pertandingan MySkills seterusnya;
(e) Telah mendapat kebenaran dan sokongan daripada majikan untuk menyertai pertandingan;
(f) Permohonan bagi setiap peserta perlu melalui agensi masing-masing (agensi kerajaan sahaja)

Bayaran Penyertaan
Bayaran sebanyak RM 100.00 dikenakan kepada setiap peserta melalui local order / kiriman wang / bank draft sahaja.

Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan adalah pada 11/02/2008.

Tarikh Pertandingan
i. Pra-Kelayakan Pertandingan MySkills : 3 - 5 Mac 2008
ii. Peringkat AKhir Pertandingan MySkills : 7 - 11 April 2008

Muat turun Dokumen
Borang penyertaan
Buku Panduan Perlaksanaan Pertandingan MySkills
Senarai Urusetia Mengikut Bidang Yang Dipertandingkan