Looking for scholarship?

Google

Tuesday, January 29, 2008

Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama Di Institusi Pengajian Tinggi Awam

Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama Di Institusi Pengajian Tinggi Awam is now open for application.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon - calon Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam ambilan November/Disember 2006 dan ambilan Julai 2007 untuk mendapatkan tawaran Biasiswa Perguruan Pesekutuan di bawah KPM.

Syarat - Syarat Permohonan

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Umur calon tidak melebihi 22 tahun pada 1 Julai 2008.
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon.
  4. Pengajian SEPENUH MASA ambilan November/Disember 2006 dan ambilan Julai 2007 Program Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
  5. Tawaran biasiswa ini dibuka kepada pelajar Fakulti Pendidikan dan pelajar Fakulti Sains yang menawarkan bidang Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Pelajar Fakulti Sains perlu mengikuti Pengajian Diploma Pendidikan setelah tamat Ijazah Pertama.
  6. Calon perlu mendapat sekurang - kurangnya PNGK 2.75 bagi keputusan peperiksaan untuk memohon.
  7. Calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK). Calon yang lulus INSAK akan dipanggil untuk ditemuduga.
  8. Calon yang berjaya ditawarkan biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada.

Tarikh tutup : 31/01/2008


http://apps.emoe.gov.my/ijazah1